Monday, March 8, 2010

Uptown United Junior Di Landasan Betul

4 Mac 2010 - Uptown United mewakili Uptown Futsal De Zone Jalan Kamaruddin berada dilandasan yang betul apabila berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan. Walaupun gagal ke Grand Final, pengurus pasukan tetap berbangga kerana pasukan ini baru sahaja ditubuhkan dan tahun ini merupakan kali pertama pasukan ini bertanding di kejohanan besar seperti ini. Apa yang membanggakan, Uptown United Junior berjaya menewaskan pasukan-pasukan yang lebih berpengalaman.
Pada tahun 2010, MASTERSCAFF Indoor, Paka, Terengganu menjadi gelanggang ‘keramat’ buat Kelab Rukun Tetangga (KRT) FC apabila muncul juara kategori Bawah 12 buat kali kedua berturut-turut selepas menumpaskan pendatang baru A&B Sports FC 3-0 pada final Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2010, minggu lalu.

Di peringkat separuh akhir, KRT FC menang ke atas TF FC Junior 2-0 manakala A&B Sports mengetepikan cabaran Sinaran Muda FC 3-0. Pasukan TF FC Junior muncul pemenang tempat ketiga selepas menewaskan Sinaran Muda FC dengan jaringan 1-0. Sharmi Sports dari Kelantan beraksi cemerlang dalam perlawanan akhir Bawah 16 tahun dengan menumbangkan wakil tuan rumah TF FC dengan 3-1. Sebelum itu, Sharmi menewaskan Street FC 5-0 di peringkat separuh akhir manakala TF FC mengetepikan cabaran Uptown United ‘B’ dengan kemenangan tipis 2-1.

Uptown United ‘B’ menebus kekecewaan ke final dengan merampas tempat ketiga mengalahkan Street FC 1-0 dalam penentuan ketiga dan keempat.Skuad Sharmi Sports FC, TF FC, KRT FC dan A&B Sports FC akan mewakili Terengganu layak beraksi ke peringkat grand final pada akan datang di Ampang Sports Planet, 12 Jun ini.

Hadiah paling menarik ditawarkan pada peringkat grand final dengan juara akan menerima RM15,000, barangan eksklusif bernilai RM5,000, pingat, barangan Figos manakala naib juara RM10,000, barangan eksklusif bernilai RM3,000 pingat dan barangan Figos. Bagi tempat ketiga dan keempat, masing-masing bakal menerima RM7,000, barangan eksklusif bernilai RM2,000, pingat serta barangan Figos.

0 comments: